MAJLIS DAERAH PUTATAN MAJLIS DAERAH PUTATAN




Fungsi Dan Peranan Majlis Daerah Putatan



FUNGSI DAN PERANAN

Mengikut seksyen 3, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, Majlis Daerah Putatan merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berfungsi mengatur, mengawal dan merancang pembangunan serta kegunaan tanah dan bangunan dalam kawasan tadbirnya. Antara fungsi-fungsi Majlis Daerah Putatan adalah seperti berikut :-

I. Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam infrastruktur.

II. Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan.

III. Membuat kutipan hasil.

IV. Menyelia perkhidmatan kebersihan dan pelupusan sisa pepejal.

V. Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.

VI. Pengindahan kawasan

VII. Menimbang dan meluluskan lesen-lesen premis perniagaan.

VIII. Menilai harta-harta dalam kawasan pentadbiran.

IX. Bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang, keindahan kawasan tadbir, kebersihan dan kesihatan yang terkawal.